Sabtu, 23 Maret 2013

^SABAR^


Firman Allah swt di dalam Sura az Zumar: 10 yang bermaksud:


"Katakanlah (wahai Muhammad, akan firmanKu ini, kepada orang-orang yang berakal sempurna itu): “Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu. (Ingatlah) orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di akhirat). dan (ingatlah) bumi Allah ini luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas). Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira”.

1. Orang yang bersabar akan dapatr penghormatan dari Allah swt, baik selama di dunia mahu[un di akhirat kelak. Untuk melaksanakna kebajikanb du dunia dan aklhirat memerlukan sifat sabar, yakani tahan diuji dan menguatkan azam tidak dipengaruhi dengan melakukan sifat mengikut hawa nafsu.

Sabda Rasulullah saw:

"Tidak ada pemeberian Tuhan yang lebih luas dan lebih baik seperti yang diberikan kepada orang-orang yang bersabar".

2. Benteng yang menjadikan seseorang itu bersabar ialah sentiasa mengingati bahawa kesusahan, musibah dan kesuitan itu datannya dari Allah swt dan telah menjadi ketentuan Allah yang tertulis di Lauhul mahfuz. Berlaku keluh kesah , berdukacita yang berterusan menjadi tidak bermanafaat sama sekali, bahkan boleh menendatngan bahaya yanag menyebabkan perasaan terganggu kerana tidak dapat dikawal sehingga terhalang dari beribadat serta ingat kepada Allah dengan mengikutkan perasaan sendiri.

Dengan banyak megigati kebesaran Allah dan memahami bahawa sabar mempunyai ganjaran yang tersendiri iaitu pahala dari Allah swt, yang diberikan ganti ynag teramat besar dari sisiNya.

Firman Allah swt dalam Surah Al Furqan: 75

"Mereka itu semuanya akan dibalas dengan mendapat tempat yang tinggi di Syurga disebabkan kesabaran mereka, dan mereka pula akan menerima penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya".

3. Firman Allah yang lain dalam Surah Ali Imran: 146

"Dan berapa banyak dari Nabi-nabi (dahulu) telah berperang dengan disertai oleh ramai orang-orang yang taat kepada Allah, maka mereka tidak merasa lemah semangat akan apa yang telah menimpa mereka pada jalan (ugama) Allah dan mereka juga tidak lemah tenaga dan tidak pula mahu tunduk (kepada musuh). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar"

Di antara keuntungan orang yang bersabar adalah dicintai Allah Taala.